FAKTOR PEMILIHAN MEDIA SOSIAL
Ø Facebook merupakan media sosial
yang paling banyak digunakan oleh masyarakat dunia.
Ø Maklumat produk , gambar produk yang jelas mudah
menarik pelanggan.
Ø
Ayat
promosi yang pengaruh.
Ø
Maklumat
sampai dengan lebih lancar.
Ø
Dapat
menyebarkan maklumat dengan mudah dan cepat.
Ø
Menjimatkan
masa dan tenaga.
Ø
Mempelbagaikan
kaedah persembahan pemasaran.
SASARAN PELANGGAN
- Sasaran pasaran kepada ahli keluarga, saudara mara, jiran tertangga, rakan-rakan saya dan di seleruh dunia.
- Sesuai untuk semua golongan tak kira umur, bangsa dan agama tanpa
was-was.
- Perniagaan ini memerlukan kos
dan modal yang kecil sahaja.
- Produk ini dapat memuaskan hati pelanggan disamping dapat kehendak dan kepuasan pelanggan.
- Produk yang berkualiti kerana diperbuat daripada bunga-bunga, patung,coklat, balloon dan lain-lain.
- Tidak meninggalkan risiko kewangan
Hobi yang didalami
dengan tekun dapat mendatangkan keuntungan. Jika anda pandai mencari peluang,
hobi anda berpotensi dijadikan sebuah perniagaan. Antaranya adalah hobi menanam
dan menggubah bunga. Membuka perniagaan bunga atau florist dapat dijadikan
suatu perniagaan yang menguntungkan dan mempunyai prospek yang baik.
·
Minat
Ya, anda harus minat
dalam membuat gubahan bunga. Memang tidak dapat dinafikan, apabila kita mahu
membuka suatu perniagaan kita pasti mahu mencari keuntungan sebanyak mungkin.Tetapi jika anda membuka perniagaan bunga seboleh-bolehnya janganlah berorientasi keuntungan semata-mata. Anda harus memiliki minat mendalam terhadap bunga serta suka dikelilinginya. Apabila anda berperasan demikian, anda tidak akan merasa tertekan dalam menjalankan perniagaan tersebut.
·
Mempunyai Kreativiti
Selain memiliki
kebolehan menjalankan perniagaan, mengembangkan perniagaan bunga
memerlukan daya kreativiti. Bila anda berjiwa kreatif dalam menggubah dan
mengharmonikan rangkaian bunga, maka pelanggan akan memilih anda sebagai
pilihan istimewa dalam urusan gubahan bunga.
·
Mempunyai Daya Imajinasi
Mempunyai imajinasi tinggi dalam memadankan koleksi warna-warni bunga. Daya imajinasi dalam mengumpulkan variasi bunga dan mereka gubahan serta komposisi bunga sangat diperlukan dalam memajukan perniagaan ini.
·
Berjiwa Mesra dan Sopan
Kemesraan layanan
pelanggan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam memajukan
perniagaan bunga anda. Ini kerana apabila pelanggan dilayan mesra dan
ramah maka pelanggan tersebut merasa selesa untuk kembali membeli bunga di
tempat anda.
·
Berpengetahuan Tentang Bunga
Pengetahuna tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan bunga amatkah penting, baik dari segi
kegunaannya, asal-usul, cara merawat agar ia tumbuh dengan subur dan pelbagai
pengetahuan lain.Anda seharusnya menjadi pakar bagi para pelanggan, sehingga mereka akan menganggap anda sebagai seorang pengusaha perniagaan bunga yang profesional. Hal ini akan menjadi daya tarikan tersendiri anda terhadap pelanggan. Jadi banyak-banyaklah membaca tentang bunga.
·
Mempunyai Gerak Hati
Memiliki gerak hati
yang membolehkan anda meneka apa yang dikehendaki oleh konsumen adalah penting.
Contohnya, seorang pelanggan ingin memberikan hadiah bunga untuk orang yang dia
kagumi; anda seharusnya dapat menyarankan jenis bunga yang sesuai berdasarkan
ciri-ciri orang yang akan menerima bunga tersebut.
·
Mengetahui Tema
Bentuk produk
perniagaan bunga ada berbagai jenis, misalnya papan bunga sebagai ucapan
selamat ataupun ucapan takziah. Florist Vase adalah produk bunga berupa
gubahan bunga di dalampasu.Selain itu, ada juga
jambangan bunga tangan (hand bouquet flower), gubahan bunga yang diikat
dalam kertas atau plastik hiasan dan biasanya diberikan untuk kekasih, dan
jambangan bunga untuk menghiasi perkuburan. Untuk memajukan
perniagaan bunga, anda boleh menawarkan perkhidmatan mengganti dan
menghiasi bunga pada pasu atau hiasan pejabat-pejabat. Anda boleh mencari
peluang untuk menawarkan perkhidmatan menghias bunga di majlis-majlis. Jika anda mempunyai
modal lebih, anda boleh mengusahakan sendiri kebun bunga untuk mengembang
tanaman koleksi bunga yang anda miliki, serta menyediakan ruang pendingin yang
berguna untuk menjaga kesegaran bunga agar tahan lebih lama. Ini kerana satu
daripada risiko perniagaan kedai bunga adalah produk yang dijual tidak mampu
bertahan lama. Dengan menyedari
risiko tersebut, ada baiknya anda memilih jenis bunga yang mampu tahan lama
atau memilih jenis bunga yang dapat diubahsuai sekiranya tidak habis dijual.
Contohnya, bunga melati boleh digunakan untuk membuat minyak wangi, olahan
bunga matahari untuk produk kesihatan, bunga rozel untuk dijadikan teh dan
sebagainya. Menjadikan hobi
sebagai siatu perniagaan mempunyai faedah yang berlipat ganda. Faedah pertama
adalah memberikan kesihatan psikologi kepada anda kerana anda dapat
memperkembangkan hobi. Kedua, hobi tersebut memberi keuntungan dari segi
kewangan bagi anda. Semoga apa yang kami
sampaikan dapat menjadi inspirasi anda untuk berniaga dan menyalurkan hobi
dengan betul. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment